RSS
Write some words about you and your blog here

Thursday, December 10, 2009

Gambar pelajar kelas saya di SMKBB ,3AA,2009








Gambar ini dirakam ketika kami sedang membuat jamuan tingkatan 3. Jamuan ini juga turut dihadiri oleh tuan pengetua yang kami sayangi,iaitu puan Zabedah binti Muda, guru ketua bidang guru-guru tingktan 3 termasuklah guru kelas kami iaitu puan Ida Mazlina dan pelajar tingkatan 3.

majlis ini juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang memenangi hadiah yang disertai oleh mereka selepas pmr yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kelas kami membolot banyak hadiah yang diacarakan. Kami juga menangkap gambar sebagai kenang-kenangan agar kami dapat mengingati majlis ini. semoga persahabatan kami kekal abadi.

Tuesday, December 8, 2009

PMR

Pada hemat saya,rata-rata pelajar tingkatan 3 berdebar-debar dengan keputusan yang bakal dikeluarkan menjelang akhir tahun ini.keputusan PMR akan dikeluarkan selepas Krismas. saya juga memerhatikan ramai pelajar mengambil kesempatan untuk bekerja. Ada yang bekerja di pasaraya,kedai-kedai khusus dan lain-lain.Aktiviti begini dapat membentuk fikiran mereka agar menghargai wang yang diberikan oleh ibu bapa penjaga.mereka juga dapat pengalaman hasil mereka bekerja.

Selain itu,pelajar dapat menggunakan wang hasil mereka bekerja untuk membeli barang-barang kehendak mereka. Tetapi mereka juga harus berjimat-cermat agar wang yang mereka dapat dapat disimpan ke dalam akaun bank mereka. wang yang mereka simpan akan dapat menjamin masa depan,contohnya, mereka dapat menggunakan duit tersebut bagi ke universiti kelak.mereka juga tidak akan membebankan ibu bapa penjaga.Mereka juga tidak perlu untuk meminjam wang dari kerajaan

Saya juga dapat memerhatikan ada segelintir pelajar yang tidak memanfatkan masa yang terluang pada cuti sekolah. Mereka lebih gemar membuang masa di pasaraya, pusat internet dan sebagainya. Mungkin mereka menyangka yang pada cuti sekolah,mereka hanya perlu membuat aktiviti yang mereka mahu tanpa memikirkan apa yang mereka dapat melalui aktiviti tersebut. Seandainya mereka bekerja,mereka akan mendapat duit,sekaligus mereka dapat menyalurkan duit hasil mereka bekerja pada cuti sekolah ke dalam bank atau ke dalam akaun tabung haji. setidaknya mereka akan dapat mebgejakan haji pada usia yang muda.Sebaliknya jka mereka menggunakan wang tersebut pada jalan yang salah,mereka bukan sahaja tidak akan mendapat manfaat pada hari kemudian ,malah mereka akan menyesali kesilapan mereka. Oleh itu,saya menyeru kalian(pelajar pmr) agar melakukan aktiviti yang berfaedah pada musim cuti.

Pelajar juga dapat memanfaatkan masa cut dengan menghadiri kelas tambahan berbayar. contohnya, pelajar lepasan pmr menghadiri kelas tambahan berbayar untuk tingkatan 4 agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi pelajaran mereka pada tahun hadapan dan akan mudah memahami apa yang guru ajar kerana mereka telah belajar ilmu tersebut dengan guru kelas tambahan berbayar. .



assalamua'laikum