RSS
Write some words about you and your blog here

Thursday, March 11, 2010

Buku skrap Renyah bagi tingkatan 4 2010




Sinopsis



Datuk Dolhi risau akan anak-anaknya yang tidak menunjukkan minat untuk menyambung dan mengurus perniagaannnya.malah anak-anaknya lebih senang memilih jalan mereka sendiri. Misalnya Hasnol lebih sayang akan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik, Ilham sibuk dengan perjuangan alam sekitarnya dan sebagai penyair, Mukhlis bergerak dalam kumpulan ajaran sesat, Amera tekun dengan kerjayanya sebagai pendidik, dan Dani pula sibuk sebagai artis rock.

Suatu hari, Datuk Dolhi berasa amat sedih apabila mengetahui bahawa Ilham telah menghasut orang-orang Penan untuk membuat benteng manusia bagi menghalang pembalakkan di Sarawak. Lantaran itu, beliau pergi ke Jepun untuk berehat. Di Jepun beliau ditemani Wahi, iaitu anaknya dengan Mastura. Beliau memberitahu Wahi akan perkara sebenar, iaitu Wahi adalah anaknya, tetapi perkara itu telah sedia diketahui oleh Wahi. Sewaktu mahu pulang, Wahi memberitahu Datuk Dolhi bahawa dia ingin berkahwin dengan gadis Jepun. Datuk Dolhi memberikan restu kepada Wahi setelah kembali ke tanah air. Datuk Dolhi menghadapi pelbagai masalah dengan anak-anaknya seperti Hasnol didakwa menerima rasuah, Dani terlibat dengan dadah dan Ilham telah lari ke luar Negara kerana diburu pihak berkuasa. Mukhlis pula hidup merempat dan menjadi gila. Cuma Amera sahaja yang menggembirakan Datuk Dolhi dan berkahwin dengan YB Wahab.

Masalah yang berlaku pada anak-anaknya telah dapat diselesaikan. Datuk Dolhi telah menjamin Dani dan menghantar Dani ke pusat pemulihan.Datuk Dolhi juga mencari Mukhlis , dan akhirnya telah menemui Mukhlis yang terlantar di hospital. Hasnol juga telah kembali ke tanah air dan dijamin oleh Datuk Dolhi.



Wahi telah kembali ke tanah air dan telah disambut oleh Datuk Dolhi sekeluarga. Datin Tominah juga menerima Wahid dan isterinya, Yuka. Akhirnya, Datuk Dolhi telah mengumumkan Wahi sebagai penggantinya di Dolhi-Albert Holding. Setelah sebahagian masalah keluarganya selesai, Datuk Dolhi bercadang ke Makkah untuk menunaikan umrah bersama isterinya.




Intipati Bab Demi Bab

 Bab 1
 Datuk Dolhi dan isterinya, Datin Tominah risau apabila memikirkan anak-anak mereka yang tidak berminat untuk menguruskan perniagaan mereka.
 Hasnol lebih berminat untuk bekerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatk.
 Amera memilih untuk menjadi pendidik.
 Ilham pula menyertai pertubuhan yang memperjuangkan alam sekitar.
 Muklis ke sana ke mari dengan kerja-kerja dakwahnya (ajaran sesat).
 Dani dengan impiannya yang ingin menjadi pemuzik rock.
 Albert Lee, rakan niaga Datuk Dolhi mahu melamar Amera untuk anak lelakinya, Robert Lee, tetapi Amera tidak berkenan.

 Bab 2
 Datuk Dolhi dan Albert Lee pergi berjogging di Bukit Serakah sambil membincangkan soal perniagaan dan anak-anak mereka.
 Datin Tominah pula sibuk menelefon rakan-rakannya yang berpangkat “Datin”. Mereka bercadang mahu menubuhkan kelab untuk datin-datin.

 Bab 3
 Di pejabatnya, Datuk Dolhi menerima panggilan daripada Wahi yang berada di Jepun.
 Wahi menceritakan percutiannya di Jepun dan bertanyakan perkembangan perniagaan mereka.
 Datuk Dolhi mengingatkan wahi agar menimba pengalaman dan mempelajari selok-belok perniagaan di Jepun.
 Pagi itu, Datuk Dolhi ada mesyuarat dengan Raj Hussien daripada Ramaco Consultant untuk membincangkan nama vila yang akan dibina oleh syarikat Datuk Dolhi.
 Raj Hussien mencadangkan supaya vila yang bakal dibina itu diberikan nama yang mempunyai unsur kemelayuan.
 Petangnya pula, Datuk Dolhi akan memberikan ceramah kepada para usahawan muda di Institut Perdagangan Kebangsaan.
 Tengah hari itu, Datuk Dolhi pulang ke rumah untuk menikmati juadah tengah hari yang disediakan oleh pembantu rumahnya yang baru.


 Bab 4
 Petang itu, Datuk Dolhi memberikan ceramah keusahawanan kepada sekumpulan pelajar perdagangan.
 Malamnya, Datuk Dolhi menemani isterinya ke pertunjukkan fesyen busana Islam.
 Beliau berasa bosan di situ.
 Pulang dari pertunjukkan fesyen itu, Datin Tominah menyatakan hasratnya untuk membuka butik busana Islam tetapi Datuk Dolhi meminta dia memikirkan rancangannya itu semasak-masaknya dahulu.
 Dalam masa yang sama, anak-anak Datuk Dolhi ada di rumah. Di halaman rumah, Dani sedang memetik gitar. Manakala Ilham mencatat sesuatu pada meja batu.
 Di ruang tamu, Amera sedang menyemak buku anak-anak muridnya. Mukhlis pula beratib kuat di tingkat atas.

 Bab 5
 Ilham berbual-bual dengan Dani. Dia mencadangkan Dani mencipta lagu yang akan membuatkan para pendengar akan berfikir.
 Amera mencelah perbualan mereka, lebih bertujuan menegur sikap Ilham yang masih tidak bekerja, sebaliknya hanya mengikuti perjuangan untuk memelihara alam sekitar.

 Bab 6
 Hasnol datang ke rumah Datuk Dolhi untuk meminjam wang sebanyak RM10 ribu daripada Datuk Dolhi, tetapi tidak diberikan oleh Datuk Dolhi atas alasan beliau tidak boleh selalu mengeluarkan duit.
 Lantaran jawapan bapanya itu, Hasnol segera berlalu.
 Datuk Dolhi bermenung. Dia memikirkan siapa antara anaknya yang akan mengambil alih syarikatnya, Dolhi-Albert Holding.
 Dia turut memikirkan keinginan Albert Lee mahu berbesan dengannya tentu bersebab.


 Bab 7
 Datuk Dolhi meneliti kertas cadangan Wahi yang di faks dari Tokyo.
 Wahi mencadangkan Dolhi-Albert Holding melaksanakan Kawalan Mutu Menyeluruh (TQC) seperti yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Jepun.
 Kemudian Datuk Dolhi termenung. Beliau memikirkan Rozie sekretarinya yang muda tapi berpengetahuan dan berpandangan jauh serta cekap menjalankan tugas.
 Beliau turut memikirkan Wahi yang sarat dengan idea dan rahsia penting tentang Wahi.
 Datuk Dolhi teringatkan pada anaknya Mukhlis yang berlegar ke sana ke sini atas nama dakwah, tetapi tidak bekerja.

 Bab 8
 Datuk Dolhi pulang ke rumah dengan disambut oleh Amera.
 Amera telah memberitahu bapanya bahawa dia telah dipilih sebagai Pendidik Terbaik peringkat negeri dan meminta Datuk Dolhi hadir pada majlis penyampaian anugerah itu.
 Mukhlis dan rakan-rakannya datang ke rumah Datuk Dolhi.
 Mereka berhujah dengan Datuk Dolhi tentang tafsiran dakwah.
 Mukhlis jadi rgu-ragu dengan perjuangan yang disertainya.
 Datuk Dolhi dan Datin Tominah pergi ke Dewan Jubli Intan bagi menyaksikan anugerah Pendidik Terbaik peringkat negeri.

 Bab 9
 Amera memikirkan siapa peminat misteri yang yang mengirim bunga dan menelefonnya.
 Inem memohon berhenti kerja secara tiba-tiba.
 Seminggu kemudian, Datin Tominah menerima surat daripada Inem yang menjelaskan sebab dia berhenti kerja, iaitu Ilham yang menceroboh biliknya beberapa kali.
 Petang itu, Hasnol menelefon ibunya untuk meminjam duit lagi.
 Datin Tominah menjelaskan bahawa dia tiada wang untuk dipinjamkan kepada Hasnol.
 Datin Tominah menasihati Hasnol supaya menyertai bisnes untuk memperoleh pendapatan yang lumayan.
 Hasnol enggan dan terus menghempaskan gagang telefon.


 Bab 10
 Datuk Dolhi terkejut apabila diberitahu oleh rakan Mukhlis bahawa Mukhlis telah mengahwini janda tuk gurunya.
 Datuk Dolhi bertambah marah apabila diberitahu oleh Datin Tominah tentang perbuatan Ilham yang menceroboh bilik Inem.
 Datuk Dolhi bertambah berang apabila mendapat tahu Ilham berada di Sarawak kerana terlibat dengan gerakan menentang pembalakkan.
 Albert Lee menelefon Datuk Dolhi untuk memberitahunya tentang perbuatan Ilham bersama-sama kaum Penan membina benteng manusia bagi menghalang kegiatan pembalakkan.
 Datuk Dolhi teringatkan Wahi yang berada di Tokyo dan rahsianya antara Wahi.

 Bab 11
 Datuk Dolhi mengambil keputusan untuk berehat di Jepun selama seminggu dan meminta Rozie menguruskan penerbangannya ke sana.
 Keputusan itu mengejutkan Datin Tominah.
 Dalam penerbangan ke Jepun, Datuk Dolhi terkenangkan akan kisah silamnya ke Jepun buat pertama kali dan kemudian terkenang pula akan kisahnya dengan Mastura.
 Mukhlis termenung memikirkan tindakannya yang berkahwin dengan Hanisah, iaitu janda tuk gurunya yang mempunyai 3 orang anak.
 Dia pulang sendirian ke rumah ibu bapanya serta mengadu kepada ibunya dan menyatakan rasa kesalnya atas tindakannya.
 Hasnol pula memujuk Linda agar meminjam wang daripada bapanya tetapi isterinya enggan kerana mereka pernah meminjam sebelum ini dan belum berbayar.

 Bab 12
 Amera mengambil keputusan untuk memenuhi undangan peminat misterinya ke Kelab Mawar.
 Rupa-rupanya lelaki itu ialah Y.B Wahab, Timbalan Menteri. Masing-masing memasang harapan untuk mengikat hubungan yang lebih serius.
 Dani mengingatkan Amera supaya datang ke majlis pelancaran album sulungnya kelak.
 Amera menasihati Dani supaya menjadi penyanyi yang berjaya, kaya dan dihormati serta menjaga imej dan disiplin diri.
 Amera memikirkan hubungannya dengan Y.B. Wahab

 Bab 13
 Datuk Dolhi tiba di Lapangan Terbang Narita dan disambut oleh Wahi serta seorang rakannya yang berbangsa Jepun.
 Mereka ke Hotel Tokyo Metropolitan dan sepanjang perjalanan , Datuk Dolhi teringatkan kisah silamnya semasa tinggal di Jepun dan menyanyikan lagu Jepun yang diingatinya.
 Datuk Dolhi memberitahu Wahi suatu rahsia, iaitu Wahi adalah anaknya.Namun Wahi tidak terkejut kerana dia telah mengetahui rahsia itu daripada neneknya.
 Beliau berasa lega kerana telah meluahkan perkara itu kepada Wahi.
 Paginya, Datuk Dolhi bersiar-siar bersama Wahid dan melawat tempat-tempat menarik di sekitar Shibuya.
 Datuk Dolhi meminta Wahi memanggilnya “bapak”.
 Datuk Dolhi meluahkan perasaan kecewanya terhadap anak-anaknya yang lain kepada Wahi.
 Beliau akan memberitahu isterinya tentang hubungannya dengan Wahi.

 Bab 14
 Hasnol berjumpa dengan Tengku Munir di Teratai Inn.
 Tengku Munir mahu agar Hasnol mempengaruhi jabatan tender supaya meluluskan permohonannya untuk projek Jabatan Kota yang bernilai RM 80 juta
 Sebagai imbuhannya, Hasnol akan diberi sebanyak RM 300 ribu.
 Tengku Munir juga mengugut akan menjadikan hidup Hasnol susah sekiranya Hasnol tidak menuruti kehendaknya
 Hasnol pulang ke rumah selepas bertemu dengan Tengku Munir dan disambut oleh Linda yang bertanyakan hasrat ke Eropah.
 Hasnol telah menyuruh Linda membuat rancangan ke Eropah
 Di Sarawak, pihak berkuasa sedang mencari aktivis Barat yang menghasut masyarakat pribui supaya membuat benteng manusia bagi menghalang pembalakan.
 Hasnol datang menemui Datin Tominah dengan wajah yang berseri-seri dan memulangkan wang sebanyak RM10 ribu yang dipinjamnya dahulu.


 Bab 15
 Albert Lee sekeluarga berkumpul dan berbincang tentang keluarga dan perniagaan mereka
 Dia agak kecewa kerana rancangannya untuk menjodohkan anak-anaknya dengan anak-anak Datuk Dolhi tidak berjaya.
 Robert juga kecewa kerana tidak berjaya memikat Amera
 Albert melahirkan pendapatnya tentang anak-anak Datuk Dolhi yang telah merosakkan bapanya sendiri.
 Lantaran itu, dia berharap agar mereka dua beranak dapat menguasai Dolhi-Albert Holdings suatu hari nanti
 Albert menyatakan bahawa Datuk Dolhi mempunyai waris lain selain anak-anaknya itu.
 Malamnya, Robert menelefon Amera untuk mengajaknya keluar makan tetapi Amera menolak dengan mengatakan bahawa dia ada latihan walaupun esoknya adalah hari ahad.

 Bab 16
 Datuk Dolhi dan Wahi berada di Lapangan Terbang Narita.
 Datuk dolhi memberitahu Wahi bahawa dia kini berasa lapang setelah perkara yang terpendam di dalam hatinya telah diluahkan serta menyatakan hasratnya untuk bersara lantaran kesihatannya yang mula terganggu.
 Wahi mencadangkan Datuk Dolhi mengurangkan perlibatan di syarikat, namun beliau kurang percaya untuk melepaskan pengurusan syarikat sepenuhnya kepada Albert Lee.
 Beliau amat berharap agar Wahi dapat menerajui Dolhi-Albert Holdings .
 Wahi menyatakan hasratnya untuk mengahwini gadis Jepun, iaitu Yuka dan menjelaskan bahawa Yuka telah memmeluk agama Islam.
 Semasa di dalam kapal terbang, Datuk Dolhi mengimbau kisah silamnya dengan Mastura ,28 tahun yang lampau.


 Bab 17
 Datin Tominah menceritakan kisah Ilham yang melarikan diri ke Perancis dan meminta Datuk Dolhi agar mencari Ilham disana, tetapi Datuk Dolhi enggan.
 Datin Tominah juga menyatakan bahawa Hasnol telah memulangkan wang RM10 ribu yang dipinjamnya. Datuk Dolhi terkejut.
 Dia juga bercadang mahu memberi sedikit wang kepada Mukhlis kerana Mukhlis telah pulang dan menyatakan kesusahannya, namun Datuk Dolhi enggan membantu.
 Dani masuk ke ruang tamu dengan rambut yang panjang dan seluar yang bertampal-tampal.
 Datuk Dolhi menegur cara berpakaian Dani yang selekeh dan mengingatkan Dani agar tidak terlibat dengan dadah.
 Malamnya Datuk Dolhi mengisytiharkan bahawa Wahi adalah anak kandungnya daripada isteri kedua.
 Sebagai akibatnya, hubungannya dengan Datin Tominah renggang.
 Amera membantah sikap ibunya itu, dan meminta ibunya berbaik-baik dengan bapanya semula.

 Bab 18
 Wakil Timbalan Menteri datang ke rumah Datuk Dolhi untuk merisik Amera.
 Majlis perkahwinan antara Amera dan YB Wahab disegerakan untuk mengelakkkan fitnah.
 Semasa majlis pernikahan Amera, Datuk Dolhi bertemu semula dengan Ustaz Hasyim, semasa belajar dahulu.
 Ustaz Hasyim menceritakan keadaan Mukhlis yang amat daif di sebuah perkampungan.
 Perkhabaran itu menyebabkan mereka berdua ke Kmpung Sungai Bakau untuk mencari Mukhlis tetapi Mukhlis gagal ditemui.
 Menurut penduduk di situ, Mukhlis dikatakan tidak siuman.

 Bab 19
 Seminggu lagi, Hasnol dan keluarganya akan bercuti di Eropah.
 Pagi itu, dia dipanggil oleh Tengku Munir ke pejabatnya.
 Tengku Munir mahu agar Hasnol meluluskan kesemua 12 tender yang dipohonnya, bukannya hanya empat sahaja.
 Hasnol menjelaskan kesukaran yang dihadapi untuk meluluskan 12 tender daripada syarikat yang sama.
 Tengku Munir tetap berkeras. Imbuhan telah diberikan kepada Hasnol.
 Hasnol berlepas juga ke London bersama dengan keluarganya.Namun, fikiran Hasnol kusut memikirkan permintaan Tengku Munir yang pastinya tidak dapat ditunaikan.
 Apabila permintaannya tidak ditunaikan, Tengku Munir melaporkan kepada Menteri Besar bahawa Hasnol telah meminta rasuah sebanyak Rm 1juta bagi meluluskan 12 tender yang dimohonnya.
 Laporan itu telah disiarkan di akhbar.
 Sebagai akibatnya, rumah Datuk Dolhi telah diserbu pegawai-pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR). Datuk Dolhi disiasat. Imejnya sebagai jutawan telah terjejas.
 Hasnol menelefon ibunya dari London dan menyatakan kekesalannya. Ibunya mahu agar dia pulang dan menyelesaikan masalah tersebut.

 Bab 20
 Dani dan kumpulannya, Young Rock Band akan mengadakan persembahan di Ekspo Perdagangan Pemuda.
 Dani tidak dapat naik ke atas pentas kerana ketagihan dadah.
 Dani telah ditangkap polis ketika sedang mencari bekalan dadah di pekan.
 Berita Dani ditangkap telah terpampang di akhbar dan sekali lagi, Datuk Dolhi menjadi tumpuan wartawan.
 Malam itu, Datin Tominah ke lapangan terbang menjemput Hasnol.
 Ketika mahu beredar, Hasnol telah ditahan beberapa orang lelaki yang memperkenalkan diri mereka sebagai pihak berkuasa.
 Hasnol sedia bertanggungjawab dan ingin menebus dosa-dosanya.

 Bab 21
 Ilham telah mendalangi tunjuk perasaan semasa lawatan menteri kanan Malaysia ke London.
 Hasil wawancara stesen TV antarabangsa dengan Ilham yang mengutuk pembalakan di Malaysia, Datuk Dolhi dan YB Wahab disiasat.
 Albert Lee berasa amat marah dengan kenyataan Imram dalam temu ramah itu kerana bimbang kontrak balak mereka di Sarawak dibatalkan.
 Dia mahu merampas tampuk kekuasaan syarikat lantaran Datuk Dolhi sudah ditimpa bermacam-macam masalah keluarga.
 Usahanya terhalang kerana Datuk Dolhi masih mempunyai seorang lagi waris, iaitu Wahi.

 Bab 22
 Datuk Dolhi berasa lega kerana Wahi akan pulang bersama isterinya
 Hasnol dibebaskan dengan jaminan dan pasport antarabangsanya dirampas.
 Dani juga dijamin dan Datuk Dolhi berusaha untuk memasukkannya ke pusat serenti.
 Di rumah, Datuk Dolhi,Datin Tominah, Hasnol, Amera dan Dani menunggu kepulangan Wahi dan isterinya.
 Datin Tominah menerima kepulangan Wahi dengan dada yang terbuka.
 Datuk Dolhi menerima panggilan telefon yang mengatakan bahawa Mukhlis dimasukkan ke hospital ketika merayau-rayau di pekan tidak jauh dari Kampung Sungai Bakau.

 Bab 23
 Mukhlis beransur pulis dan Datuk Dolhi akur akan nasihat doktor supaya menghantar Mukhlis ke pusat rawatan mental.
 Datuk Dolhi memutuskan untuk menghantar Dani ke pusat pemulihan apabila kesnya selesai di Mahkamah.
 Pagi itu, Dolhi-Albert Holdings dijadualkan mengadakan mesyuarat lembaga pengarah.
 Pada akhir mesyuarat itu, Datuk Dolhi mengumumkan Wahi sebagai penggantinya.
 Kenyataan Datuk Dolhi itu disambut dengan tepukan, sebaliknya Albert Lee terus meninggalkan bilik mesyuarat.
 Albert Lee memberitahu anaknya, Robert bahawa mereka akan menarik diri daripada Dolhi-Albert Holdings.
 Bab 24
 Datuk Dolhi dan isterinya berehat-rehat di anjung banglo mereka.
 Datuk Dolhi bertanyakan projek yang ingin dijalankan oleh Datin Tominah suatu ketika dulu, namun Datin Tominah sudah melupakan tentang projek butik busana Islam itu.
 Datuk Dolhi mencadangkan kepada Datin Tominah agar mereka ke tanah suci Makkah untuk menunaikan umrah dan ziarah.


Tema
 Tema dalam novel Renyah adalah ketabahan dalam menghadapi tekanan hidup.
 Datuk Dolhi merupakan seorang tokoh korporat yang berjaya tetapi menghadapi tekanan hidup dalam menangani kerenah anak-anaknya.
 Sebagai seorang bapa, beliau mahukan yang terbaik buat anak-anaknya, walaupun anak-anaknya hanyut dalam keinginan sendiri hingga mendatangkan masalah dan tekanan kepadanya.
 Datuk Dolhi juga berasa bimbang terhadap anak-anaknya yang tidak berminat mengurus perniagaannya.
 Kebimbangan itu bertukar menjadi kecewa apabila anak-anaknya terlibat dalam pelbagai salah laku.
 Walau bagaimanapun, masalah yang datang itu dapat dihadapi dan diselesaikan dengan cara yang baik.


Persoalan

 Harapan seorang ayah

a) Datuk Dolhi amat mengharapkan anak-anaknya dapat mengikut jejaknya sebagai ahli perniagaan.
b) Datuk Dolhi meletakkan harapan yang amat tinggi kepada Wahi, iaitu anak isteri keduanya untuk menerajui syarikatnya. Lantaran itu, beliau menghantar Wahi ke Jepun untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang perniagaan.

 Minat dan kecenderungan seseorang tidak dapat diubah

a) Anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat untuk menceburi bidang perniagaan walaupun Datuk Dolhi seorang usahawan yang berjaya.
b) Anak-anak Datuk Dolhi mempunyai minat masing-masing. Hasol menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik, Amera sebagai pendidik, Ilham memperjuangkan alam sekitar, Mukhlis dengan dunia dakwahnya, dan Dani meminati bidang muzik.

 Kefahaman yang betul mengenai ilmu agama

a) Mukhlis yang cetek pengetahuan agamanya terikut-ikut dengan ajaran songsang kumpulan dakwahnya tanpa menyelidiki kebenaran ajaran kumpulan itu.
b) Sebagai akibatnya, dia mengalami tekanan daripada kesusahan hidup yang dihadapi hingga menjadi kurang siuman.

 Sikap menghargai barangan dan jenama tempatan

a) Datuk Dolhi lebih gemar menggunakan Limosin Saga keluaran tempatan apabila menghadiri majlis rasmi.
b) Datuk Dolhi juga memakai baju batik Kelantan ketika menghadiri pertunjukkan busana Islam.

 Sikap tamak dan ingin hidup mewah hingga sanggup melibatkan diri dalam rasuah

a) Tengku Munir yang tamak sanggup memberikan rasuah kepada Hasnol agar meluluskan kesemua tender yang dipohonnya.
b) Hasnol pula yang ingin hidup mewah sanggup menerima rasuah sehingga dia didakwa oleh pihak berkuasa.

 Kepentinan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang yang dapat ditambah melalui pembacaan.

a) Datuk Dolhi rajin membaca buku-buku ilmiah untuk dijadikan sebagai bahan dalam ceramahnya.
b) Kebolehan Wahi dalam menulis teks ucapan dan ceramah untuk Datuk Dolhi adalah kerana minatnya yang tinggi terhadap pembaaannya.

Watak dan Perwatakan

 Datuk Dolhi
 Datuk Dolhi adalah watak utama dalam novel ini.
 Suami kepada Datin Tominah.
 Berusia 60-an dan sering sakit-sakit di bahagian dada.
 Bapa kepada Hasnol, Amera, Ilham, Mukhlis dan Dani serta Wahi.
 Rakan niaga Albert-Lee.
 Pandai dalam perniagaan. Buktinya, beliau merupakan usahawan yang berjaya dan memiliki syarikat Dolhi-Albert Holdings.
 Seorang yang bertanggungjawab. Buktinya, beliau telah membiayai Wahi iaitu anaknya dengan Mastura walaupun setelah Mastura meninggal dunia ketika melahirkan Wahi.
 Penyayang. Buktinya, beliau tetap sayang kepada semua anaknya walaupun anak-anaknya itu banyak menimbulkan masalah kepadanya sehingga mencemarkan nama baiknya
 Seorang yang berani. Buktinya, beliau telah membuat keputusan untuk melantik Wahi sebagai penggantinya dalam dolhi-Albert Holdings walaupun dia tahu bahawa Albert Lee ingin menguasai Albert-Lee Holdings. Sebagai akibatnya, persahabatannya dengan Albert terlerai bagitu sahaja.
 Seorang yang rajin. Buktinya, beliau rajin mengikuti seminar keusahawanan dan membaca buku motivasi.
 Penyabar. Buktinya, beliau tidak memaksa tetapi sabar menunggu Hasnol menyertainya dalam Albert-Dolhi Holdings.

 Hasnol
 Hasnol merupakan anak sulung datuk Dolhi dan Datin Tominah.
 Berkerja dalam sektor kerajaan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik.
 Berkahwin dengan Linda, iaitu anak seorang diplomat yang mempunyai gaya hidup yang mewah.
 Mempunyai 2 orang anak.
 Hasnol tidak berani menghadapi cabaran. Buktinya, beliau tidak mahu meneruskan usaha bapanya dalam perniagaan kerana dia tidak sanggup menghadapi cabaran dan risiko dalam bidang itu.



 Ilham
 Ilham adalah anak ketiga Datuk Dolhi dan Datin Tominah.
 Ilham seorang pecinta dan pejuang alam sekitar.
 Seorang yang berbakat dalam seni sastera kerana sering mendeklamasikan sajak. Buktinya, dia telah memberikan puisi yang dikarangnya kepada Dani untuk dilagukan.
 Tidak mempunyai sifat patriotik. Buktinya, sewaktu media elektronik memaparkan temu ramah Ilham dengan stesen TV antarabangsa , dia telah mengecam kerajaan Malaysia kerana membiarkan balak terus ditebang secara berleluasa.

 Mukhlis
 Mukhlis anak keempat Datuk Dolhi dan Datin Tominah.
 Mukhlis mudah terikut-ikut dalam beragama tetapi sebenarnya dia tidak memahami agama yang sebenar. Buktinya, oleh sebab mahu mengikut sunnah Nabi yang berkahwin dengan janda, dia sanggup mengahwini janda tuk gurunya tanpa usul periksa.
 Seorang yang mempunyai sifat belas kasihan. Buktinya, dia berasa kasihan tehadap Hanisah yang diceraikan oleh tuk gurunya.
 Akhirnya, dia mengalami tekanan mental sehingga menjadi tidak siuman.
 Buktinya, seorang pemuda yang ditemui oleh Datuk Dolhi dan Ustaz Hasyim di Kampung Sungai Bakau mengatakan bahawa Mukhlis tidak siuman kerana cuba menyerang tuk gurunya.

 Dani
 Dani anak bongsu Datuk Dolhi dan Datin Tominah.
 Dani berambut panjang, selekeh dan tidak terurus. Buktinya, bapanya menegur rambut dan pakaiannya yang tidak terurus dan menasihatinya agar memakai pakaian yang lebih elok.
 Seorang artis rakaman dan telah berjaya merakamkan album bersama kumpulan rocknya, iaitu Young Rock Band.
 Terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Buktinya, dia ditangkap oleh polis ketika mencari bekalan dadah di sebuah pekan kecil.




 Wahi
 Wahi adalah nak Datuk Dolhi dengan Mastura.
 Dibesarkan oleh neneknya selepas ibunya meninggal dunia ketika melahirkannnya.
 Wahi bekerja di Dolhi-Albert Holdings dan merupakan orang kepercayaan Datuk Dolhi.
 Seorang yang kaya dengan idea. Buktinya, Wahi mencadangkan agar Dolhi-Albert Holdings melaksanakan Kawalan Mutu Menyeluruh (KMM) sebagaimana yang dilaksanakan oleh syarikat-sayarikat Jepun.
 Wahi seorang yang bijak dan cekap berfikir. Buktinya, Datuk Dolhi mengakui bahawa Wahi seorang yang bijak dan cekap serta akan menguasai syarikat suatu hari nanti.

 Watak-watak lain
 Amera adalah satu-satunya anak gadis Datuk Dolhi dengan Datin Tominah dan menjadi pendidik yang berdedikasi
 Albert Lee ialah rakan kongsi Datuk Dolhi dalam Dolhi-Albert Holdings.
 YB wahad ialah suami Amera yang juga merupakan Timbalan Menteri Tugas-Tugas Khas.
 Linda ialah isteri Hasnol yang suka akan gaya hidup mewah.
 Robert Lee ialah anak Albert Lee yang mahu dijodohkan dengan Amera.
 Rozie, setiausaha Datuk Dolhi yang cekap menjalankan tugas.
 Tengku Munir merupakan kerabat raja yang telah menyebabkan Hasnol ditangkap BPR kerana kes rasuah.


Latar
 Latar Tempat
 Pejabat Datuk Dolhi. Di sini berlakunya banyak pelbagai peristiwa penting dalam novel ini.Antaranya termasuklah Mukhlis yang datang untuk meminjam wang dan peristiwa Datuk Dolhi mengumumkan Wahi sebagai penggantinya.
 Rumah Datuk Dolhi.Di sini juga banyak peristiwa penting dalam novel ini. Antaranya termasuklah Datuk Dolhi mengisytiharkan bahawa Wahi adalah anak kandungnya daripada isteri keduanya.
 Sarawak. Di Sarawak, Ilham menghasut orang-orang Penan supaya membina benteng manusia bagi menghalang kegiatan pembalakan
 Tokyo. Datuk Dolhi ke sana kerana ingin berehat dan melupakan masalah anak-anaknya buat seketika.
 Perkampungan jemaah Kampung Sungai Bakau. Di sini, Mukhlis tinggal bersama dengan isterinya yang merupakan janda tuk gurunya yang mempunyai 3 orang anak.
 Kelab Mawar. Di sini, Amera telah berjumpa dengan YB Wahab buat pertama kali.
 Teratai Inn. Di sini, Hasnol telah berjumpa dengan Tengku Munir yang menjanjikan habuan rasuah kepada Hasnol dengan syarat Hasnol membantunya memperoleh semua tender yang dimohonnya.

 Latar Masa
 Latar masa bagi novel ini adalah pada zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menetri dan Tun Ghaffar Baba menjadi Timbalan Perdana Menteri
 Peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu siang dan malam.
 Pada waktu pagi. Buktinya, Datuk Dolhi ada mensyuarat dengan Raj Hussien pada pukul sepuluh.
 Pada waktu petang. Buktinya, Datuk Dolhi ada ceramah di Institut Perdagangan Kebangsaan bagi menyampaikan ceramah.
 Pada waktu tengah hari. Buktinya, Datuk Dolhi pulang ke rumah untuk makan tengah hari sebelum ke Institut Perdagangan Kebangsaan bagi menyampaikan ceramah.
 Pada waktu malam. Buktinya, Datuk Dolhi berlepas ke Tokyo pada pukul 10.45 malam dari Lapangan Terbang Subang.



 Latar Masyarakat

 Masyarakat yang merupakan golongan usahawan. Datuk Dolhi dan Albert Lee merupakan usahawan yang berjaya dan memiliki Dolhi-Albert Holdings. Malahan Datuk Dolhi merupakan seorang utawan.
 Masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan. Datuk Dolhi banyak mempunyai pengalaman dan ilmu pengetahuan disebabkan beliau rajin membaca buku.
 Masyarakat yang boros dan tamak. Contohnya, Tengku Munir bersikap tamak hingga sanggup memberikan tekanan tekanan kepada Hasnol bagi memperoleh semua tender yang dimohonnya. Hasnol boros kerana menurutkan perangai isterinya yang gemar berbelanja secara mewah.
 Masyarakat majmuk. Kehidupan majmuk dalam negara yang terdiri daripada bangsa melayu yang diwakili oleh keluarga datuk Dolhi, bangsa cina yang diwakili oleh keluarga Albert Lee dan bangsa Jepun yang diwakili oleh Yuka.
 Masyarakat yang berani. Buktinya, Amera berani menegur Ilham dan Dani yang tidak mahu bekerja dan tidak berdisiplin. Wahi juga berani bertemu dengan bapa Yuka untuk melamar Yuka.













Plot
 Binaan plot
 Peristiwa dalam novel ini disusun secara tidak kronologi.
 Dalam bahagian permulaan, pembaca diperkenalkan watak utama iaitu Datuk Dolhi yang risau akan kerenah anak-anaknya yang tidak berminat untuk meneruskan usahanya dalam bidang perniagaan.
 Dalam perkembangan cerita, peristiwa tertumpu kepada gelagat anak-anak Datuk Dolhi . Hasnol asyik datang ke rumah Datuk Dolhi kerana mahu meminjam wang sehingga dia sanggup menerima rasuah daripada Tengku Munir. Dani pula sibuk dengan urusan kumpulan muziknya untuk membuat rakaman. Ilham menghasut masyarakat Penan di Sarawak supaya menentang aktiviti pembalakan di tempat mereka. Mukhlis pula mengikut kumpulan dakwahnya dan berkahwin dengan janda tuk gurunya yang mempunyai 3 orang anak. Amera pula masih belum membuat keputusan sama ada mahu menerima Robert Lee sebagai suaminya.
 Dalam bahagian perumitan, Ilham telah mengetuai demonstrasi orang-orang Penan bagi menentang projek pembalakan di Sarawak. Hal ini menyebabkan Datuk Dolhi tertekan dan berasa malu, lantas membawa dirinya ke Jepun.
 Dalam bahagian klimaks, Ilham telah melarikan diri ke Perancis sebagai akibat diburu pihak berkuasa kerana menghalang pembalakan di sarawak. Hasnol pula diburu oleh pihak BPR atas dakwaan menerima rasuah dan akhirnya ditangkap ketika berada di lapangan terbang sekembalinya dari London. Dani pula ditangkap kerana terlibat dengan dadah ketika mengadakan persembahan kumpulannya muziknya. Sementara itu, Mukhlis pula hidup melarat dan menjadi tidak siuman.
 Peleraian cerita ini ialah Hasnol telah dibebaskan dengan jaminan Datuk Dolhi telah menjamin Dani dan akan menghantarnya ke pusat pemulihan. Amera berkahwin dengan YB Wahab. Wahi pula pulang dari Jepun bersama isterinya, Yuka yang berketurunan Jepun. Datin Tomunah menerima kedatangan Wahi dan isterinya dengan dada terbuka. Mukhlis berjaya ditemui dan terlantar di hospital. Dia akan dihantar ke pusat rawayan mental. Ilham tidak mahu pulang ke Malaysia kerana bimbang ditangkap oleh pihak berkuasa. Datuk Dolhi juga telah mengumumkan Wahi sebagai penggantinya di Dolhi-Albert Holding. Setelah sebahagian masalah keluarganya selesai, Datuk Dolhi bercadang ke Makkah untuk menunaikan umrah dan ziarah bersama dengan isterinya, Datin Tominah.






Teknik plot
 Teknik Dialog
 Dialog ialah pertuturan antara watak yang dipapar dalam cerita.
 Penggunaan teknik dialog dalam sesebuah cerita menjadikan jalan cerita lebih realistik.
 Antara contoh dialog yang terkandung dalam novel ini termasuklah:
“Tengku...” Hasnol terketar-ketar.
“Kenapa ada lagi yang sangkut?”
“Empat sudah lulus.”
“Mana cukup empat? Aku masuk dua belas.”
“Tak mungkin semua tengku.”
“Aku mahu semua.” (halaman 189)

 Teknik Imbas Kembali
 Imbas kembali bermaksud ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialaminya.
 Teknik ini juga digambarkan sebagai penceritaan semula kejadian atau peristiwa yang telah berlaku melalui mimpi, kenangan dan ingatan sesuatu watak.
 Antara contoh teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel ini termasuklah ketika Datuk Dolhi teringat akan anaknya, Mukhlis, iaitu:

Dia teringat akan anaknya Mukhlis. Semalam dia ternampak Mukhlis di
masjid. Jubah dan serbannya kelihatan lusuh. Janggut dan jambangnya tidak
bercukur, tidak pula dirapikan. Dengan sebuah beg, dia bersandar di tiang seri
masjid. (halaman 69)

 Teknik Pemerian
 Pemerian bermaksud penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau penerangan tentang sesuatu watak secara langsung oleh pengarang.
 Antara contoh penggunaan ternik ini termasuklah ketika pengarang memerihalkan suasana di rumah Datuk Dolhi setelah kepulangan Wahi dan isterinya, Yuka dari Jepun, iaitu:

Malam itu mereka sekeluarga berhimpun walaupun tidak lengkap semuanya.
Suasana terasa meriah dengan kedatangan ahli baharu. Malam itu juga Datuk
Dolhi mencerita segala-galanya. Suasana tiba-tiba berubah pilu apabila kisah
Mastura yang hidup dalam keterasingan diceritakan. Bagaimanapun, Datuk Dolhi
tidak mahu kesedihan itu berterusan. (halaman 210)


 Teknik Monolog
 Monolog bermaksud tutur atau pengucapan sesuatu watak, samada ditujukan kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain.
 Antara contoh monolog dalam cerita ini termasuklah ketika Datuk Dolhi menatap kertas cadangan Wahi tentang Kawalan Mutu Menyeluruh (KMM), iaitu:
“Macam-macam idea si Wahi ni,” bisik Datuk Dolhi.(hal.65)

 Teknik Saspens
 Saspens bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan yang tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
 Antara contoh suspens dalam novel ini termasuklah ketika Amera mendapat jambangan bunga daripada peminat misterinya,iaitu:

“Tahiah kak!” Dani masuk dengan ceria. Di tangannya,sejambak bunga yang berbalut rapi tampak begitu indah.
“Eh, sama-sama! Bunga siapa ni?
“kak Ameralah”
“Dani bagi?”
“Bukan ada pengirim yang menghantar melalui Mekar Florist.”
“siapa?”
“Pakwe barangkali.”
“mengarutlah Dani. Kakak mana ada pakwe.” (hal. 91-92)


 Teknik Kejutan
 Saspens bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan yang tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya
 Kejutan bermaksud perubahan dalam peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga.
 Kesan yang timbul daripada perubahan itu tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
Antara contoh kejutan dalam novel ini termasuklah datuk Dolhi memberitahu bahawa Wahi adalah anaknya daripada isteri kedua kepada seisi rumah .Iaitu:
Malam itu seisi rumah Datuk Dolhi gempar apabila dia mengisytiharkan bahwa Wahi ialah anaknya daripada isteri kedua. Datin Tominah menangis teresak-esak. Dia menelefon saudara-maranya. Amera termenung panjang. Dani menggeleng-geleng. Hasnol tidak menjawap apabila Datin Tominah memberitahu. Masing-masing menyipan perasaan (hal. 176-177)
Gaya Bahasa

 Novel Renyah telah diolah dengan menggunakan pelbagai unsure gaya bahasa untuk menjadikan ceruta menarik dan berkesan.
 Antara unsur gaya bahasa dalam novel ini adalah seperti berikut:

 Diksi
 Antara unsur gaya bahasa dalam novel ini adalah seperti berikut:
 Novel yang dikarang oleh Gunawan Mahmood ini mengutarakan kisah seorang tokoh korporat yang berjaya dalam bidang perniagaan, tetapi mengalami tekanan hidup dalam menangani kerenah anak-anaknya. Daripada aspek diksi, jelas pengarang berjaya memilih kosa kata yang sesuai dengan latar tempat dan latar masyarakat dalam cerita tersebut. Antara kosa kata tersebut termasuklah perniagaan,jutawan,pengarah utusan, projek pembinaan, tenser dan datin.
 Untuk menggambarkan kisah tokoh korporat tersebut yang mengamalkan dasar pandang ke Timur, iaitu Negara Jepun,pengarang juga turut menggunakan bahasa Jepun. Termasuklah konbanwa,genki desu, dozo, ohayo gozaimasu, dan hajimemashite.
 Selain itu, terdapat juga penggunaan bahasa Inggeris, sesuai dengan cerita yang memaparkan dunia niaga. Antaranya termasuklah entrepreneur, complain, top, sporting, confirm, dan sponsor.
 Terdapat juga penggunaan bahasa Arab, sesuai dengan cerita yang berlatarbelakangkan masyarakat melayu yang beragama islam. Antaranya termasuklah assalamualaikum, insya-Allah, astaghfirullah, rahmatullah, alhamdulillah dan subhanahuwataala.
 Pengarang juga bijak menggunakan kosa kata yang sesuai dengan situasi dan hal ini meninggalkan kesan kepada pembaca.

 Peribahasa
 Peribahasa yang digunakan dalam sesebuah novel lazimnya ialah perumpamaan, simpulan bahasa, pepatah dan bandingan.
 Antara contoh peribahasa yang terdapat dalam novel ini termasuklah jual mahal, panas darah, hangat-hangat tahi ayam, lembut gigi daripada lidah, menatang bagai minyak yang penuh, kalu guru kencing berdiri anak-anak murid kencing berlari, dan langit mana yang cerah, bumi mana yang tidak ditimpa hujan.



 Ayat
 Dalam novel ini pengarang menggunakan ayat pendek, sederhana, dan panjang.
 Antara contoh ayat pendek yang banyak diselit dalam dialog termasuklah:
a) “Datin Salmah dan datuk, Datin Malini dan datuk, dan yang paling penting VIP-nya.”
“Siapa?”
“Raja Muda.” (halaman 39)
b) “Cukup! Mulai esok tinggalkan topeng-topeng kau ini.
Bekerjalah, sempurnakan tanggungjawab kepada manusia dan Tuhan. (halaman 83)
 Antara contoh penggunaan ayat sederhana dan ayat panjang dalam novel ini termasuklah dalam petikan dibawah ini:
Dani bangun meninggalkan bapa dan ibunya. Itulah stail Dani dari dulu. Datuk Dolhi telah tercium kegiatan Dani yang kurang sihat, terutama pergaulannya dengan kumpulan budak-budak penagih. Dani harus diselamatkan sebelum sempat dia menggelumangi aktiviti tidak sihat. Tetapi bagaimana? (halaman 174)

 Simile
 Simile atau perbandingan ialah gaya bahasa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.
 Perbandingan itu pula menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana, umpama, macam, dan ibarat.
 Antara contoh penggunaan simile dalam novel ini termasuklah:
a) Ligat macam gasing. (halaman 15)
b) Peluh seperti mata air yang keluar dari liang-liang batu. (halaman 20)
c) Bibir tuanya seperti sagu pecah. (halaman 39)

 Metafora
 Metafora merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana, umpama, macam dan sebagainya.
 Antara contoh penggunaan metafora dalam novel ini termasuklah:
a) ...Berjalan-jalan di Memorial Park, melihat Kubah Atom, menyusur pinggir Sungai Motoyasu, membaca tugu-tugu kenangan. (halaman 26)
b) Datuk Dolhi bangga dapat menyemai benih keusahawanan pada diri anak bangsa...(halaman 38)
c) Sedangkan disebalik gunung sana terhampar sawah kemewahan yang tidak habis dimakan. (halaman 79)


 Personifikasi
 Personifikasi ialah pemberian sifat manusia kepada benda-benda mati seperti objek dan sebagainya.
 Penggunaan personifikasi dapat menimbulkan kesan yang mendalam terhadap pembaca.
 Antara contoh penggunaan personofikasi dalam novel ini termasuklah:
a) Cahaya matahari petang menggigit kulit. (halaman 20)
b) Tasik dan pohon-pohon menjadi saksi orang yang tidak takutkan dosa. (halaman 24)
c) Dia cuba melupakan segala masalah yang mengacau benak.
(halaman 113)


 Nilai

 Nilai kasih sayang. Contohnya, Datuk Dolhi dan Datin Tominah sayang akan anak-anaknya. Oleh sebab itulah, mereka berusaha mnyelamatkan anak-anak mereka yang bermasalah dengan pelbagai cara.
 Nilai sabar. Contohnya, Datuk Dolhi begitu sabar menghadapi kerenah anak-anaknya yang tidak mahu meneruskan usahanya dalam perniagaan.
 Nilai tanggungjawab. Contohya, Datuk Dolhi menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dengan memberikan pendididkan kepada anak-anaknya,termasuklah Wahi yang dipelihara neneknya.
 Nilai patriotic. Contohnya, Datuk Dolhi menggunakan Limosin Saga untuk ke majlis-majlis rasmi.
 Nilai berani. Contohnya, Amera berani menegur Ilham yang tidak bekerja dan hanya mundar-mandir.
 Nilai rajin. Contohnya, Datuk Dolhi rajin membaca buku-buku ilmiah untuk menambah pengetahuannya.








 Pengajaran

 Ibu bapa dan anak-anak hendaklah saling menyayangi antara satu dengan yang lain. Hal ini dapat dilihat pada watak Datuk Dolhi dan dan anak-anaknya yang saling menyayangi walaupun mereka sering menimbulkan masalah kepada bapa mereka itu.
 Kita mestilah bersabar dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan. Datuk Dolhi bersabar menerima berita


Nilai
 Nilai kasih sayang. Contohnya, Datuk Dolhi dan Datin Tominah sayang akan anak-anaknya. Oleh sebab itulah, mereka berusaha menyelamatkan anak-anak mereka yang bermasalah dengan pelbagai cara.
 Nilai sabar. Contohnya Datuk Dolhi begitu sabar menghadapi kerenah anak-anaknya yang tidak mahu meneruskan usahanya dalam perniagaan
 Nilai tanggungjawab. Contohnya, Datuk Dolhi menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa yang memberikan pendidikan kepada anak-anaknya, termasuklah Wahi yang dipelihara neneknya.
 Nilai patriotik. Contohnya, Datuk Dolhi menggunakan Limosin Saga untuk ke majlis-majlis rasmi.
 Nilai berani. Contohnya, Amera berani menegur Ilham yang tidak bekerja dan hanya mundar-mandir.
 Nilai rajin. Contohnya, Datuk Dolhi rajin baca buku-buku ilmiah untuk menambah pengetahuannya.



Pengajaran
 Ibubapa dan anak-anak hendaklah saling menyayangi antara satu dengan yang lain. Hal ini dapat dilihat pada watak Datuk Dolhi dan anak-anaknya yang saling menyayangi walaupun sering menimbulkan masalah kepada bapa mereka itu.
 Kita mestilah bersabar dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan. Datuk Dolhi bersabar menerima berita bahawa Dani telah ditangkap polis kerana memiliki dadah. Beliau tidak memarahi Dani sebaiknya menjamin Dani dan berusaha memasukkan Dani ke pusat pemulihan.
 Kita hendaklah mengutamakan barangan buatan tempatan bagi menyokong ekonomi negara. Sikap ini yang ditunjukkan oleh Datuk Dolhi yang menggunakan Limosin Saga untuk ke majlis-majlis rasmi wajar dicontoh oleh masyarakat.
 Kita hendaklah rajin membaca dan menuntut ilmu untuk memajukan diri dan negara. Datuk Dolhi dan Wahi rajin baca buku-buku ilmiah untuk menambahkan pengetahuan mereka dalam bidang perniagaan.
 Janganlah mudah terpengaruh apabila ditawarkan kemewahan melalui jalan yang salah. Sikap Hasnol yang mudah terpengaruh apabila diberi rasuah oleh Tengku Munir sebagai imbuhan untuk meluluskan terdernya amat tidak wajar dicontoh oleh masyarakat.

21 comments:

Amirul Izzat Hakim said...

bagus betol r ni...
bnyk pahala abg dpt..
weyh mu sekoloh kat ane??

azrul said...

terima kasih...
s.m.k. bukit besar kuala terengganu

shifarosheeda said...

woah. bagus. tengs

Mella said...

thanx a lot.. sdkit sbnyk awk dh bntu sy siap an tgsan ni.. thanx again..

eypa tinxtOnx said...

terbaikkk....

Mrs Farina said...

assalamualaikum . terima kasih kerana menghasilkan blog yang banyak membantu nih especially for students yang dah makin kecut perut nak duduk dalam dewan jawab SPM :D

azrul said...

sama lah kita... add lah kat fb

deena nina said...

temkiu ea bagi semua nihh ,. berguna sangat ,. 1 m0re time ,temkiu ,. :p

total life :) said...

terima kasih . naseb bek ada . haha

sweetie said...

bestlaa,,thankz hehe

Enni Noraliah said...

thanks a lot :)

mine ! said...

tenkiu ! :)

Privacy Life said...

tq coz help me finish my folio...
hehe..

hazim@matganu said...

teima kasih ye kpda sipa yang tlis ni ..

aina kyra said...

terima kasih banyak lah . huhu ~

anne said...

tq.de best.

Asyraf Nasyran said...

Lagu Tu Kasi Banyak Skit Jangan Satu Je

aku manusia biasa said...

syukran jazeelan. sangat membantu utk sape sape yang nak speed up last last minute mcm saya. ;)

Radin Jepa said...

thanks......

haziq_hisham said...

Aku xpham plot permulaan nim ble kau komen sikit

Scoleyx Pzmc said...

Terima kasih kerana tolong aq siapkan folio BM...thanks

Post a Comment

assalamua'laikum